Wednesday, November 7, 2012

Masa berlalu begitu pantas...

Alhamdulillah..
Alhamdulillah..
Masih diberi peluang untuk bernafas di atas muka bumi ini..

2 bulan berlalu kehidupan sebagai seorang isteri..
Entah mengapa hati ini tiba-tiba ingin mengarang sesuatu..
Mungkin kerana ingin berkongsi cerita mengenai perjalanan hidup sebagai seorang pelajar dan dalam waktu yang sama sebagai seorang isteri..

I'm married.. Itulah hakikat yang harusku terima..Terima kasih Ya Allah...
Aku rasakan kehidupanku telah lengkap dengan kehadiran seorang lelaki yang akan membimbing dan berkongsi segala suka dan duka dalam alam rumah tangga ini..
Dan akan bertambah lengkap dengan kehadiran cahaya mata [soon]...


Wednesday, March 21, 2012

Redha dengan ketentuan-Nya


Allah menguji dengan kesedihan (dunia) untuk mendapatkan kebahagiaan di sana(akhirat)...redhalah dengan segala ketentuan Ilahi ~

Ujian Allah kepada manusia


Sesungguhnya Allah tidak akan berlaku zalim kepada hamba-Nya. Setiap yang diuji itu adalah sesuai dengan tahap kemampuan hamba-Nya. Cuma sebagai hamba, hendaklah berusaha untuk mengatasinya. Sekiranya seseorang itu tidak berusaha untuk mengahadapinya, sudah pasti mereka tidak mampu berhadapan dengan ujian yang sedang menimpanya. Sudah pasti jiwanya akan semakin lemah dan akhirnya putus asa semakin mendekatinya. Inilah yang paling ditakuti bakal menimpa seseorang manusia itu. Ya, putus asa!

Jangan marah


♥ Jangan Marah Saat Ada Yang MENGHINA, Doakan Hinaan Berbalik Menjadi KEMULIAAN.
♥ Jangan Marah Saat Ada Yang MEMBENCI, Doakan Kebencian Menjadi KASIH SAYANG.
♥ Jangan Marah Saat Ada Yang MENYAKITI, Doakan Sakit Itu Berubah Menjadi KEBAHAGIAAN.
♥ Jangan Marah Saat Ada MASALAH, Doakan Masalah Kita Menjadi Ladang AMAL Yang Bermanfaat.
♥..InsyaAllah..♥♥
♥..Hidup di Dunia hanya Sementara..♥♥..

Jom Format diri kita...

• DELETE semua FILE kebencian & ammarah
• INSTALL anti-virus ego & putus asa
• RESTART kehidupanmu dgn kasih sayang
• REFRESH peribadi kita yg mulia
• DOWNLOAD sifat2 SABAR & TAQWA
• UPLOAD tingkahlaku yg BENAR, JUJUR & IKHLAS
• Jangan meng-'UNDO' pengalaman buruk & sedih
• LOADING semua dgn DOA & USAHA
• COPY & PASTE semua pengajaran & ilmu yg bermanafa'at..

Sabar Dugaan

"Kamu tidak boleh memberi kepuasan kepada semua orang, tetapi kamu boleh memberi kepuasan kepada golongan yang berakal, beradab dan terpilih"  -Ibnu Maqaffa


Seperti apa yang ditulis di atas, dalam kehidupan seharian kita, seperti saya sebagai seorang pelajar di UIAM, Kuantan, saya berkawan dengan semua orang. Saya mencuba menjadi seorang rakan yang baik, seorang rakan yang dapat membantu rakan-rakan yang memerlukan pertolongan..tetapi segala apa yang kita lakukan ini, tidak semua akan berpuas hati dengan kita. Dalam setiap hati manusia, pasti akan ada rasa tidak kepuasan itu. Jadi,bagaimana cara untuk kita memuaskan hati semua orang?


Tidak perlu untuk kita memastikan yang kita mesti atau harus memuaskan hati semua orang, cukup sekadar kita memuaskan hati mereka yang berakal, beradab dan juga yang terpilih..

Nasihat dan Doa

InsyaAllah,blog ni akan digunakan hanya untuk berkongsi nasihat dan panduan yang berguna untuk semua..bukan lagi blog untuk mengata, mengumpat, mencaci mahupun menceritakan cerita peribadi saya. Usia telah mematangkan saya dalam segala segi..InsyaAllah, dengan izin-Nya, saya ingin belajar untuk menjadi seorang yang bertangungjawab dan berdedikasi dalam apa jua pekerjaan yang saya lakukan...al-maklum la,tidak sampai setahun lagi, saya akan menggalas tangunggjawab sebagai seorang isteri kepada seorang lelaki yang amat saya sayangi..doa kalian dipinta semoga jodoh kami berpanjangan hingga ke anak cucu..will update more and more soon..syukran..